Ketua Panitia

copy-2-of-dsci0054

SIDI ANAK AJI

Penolong Ketua Panitia

FRANKIE NGISAU

AJK Kecil

SARI ANAK AJI

ACHU JAMBAI


PENGURUSAN PANITIA

Disesuaikan daripada : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986
Penubuhan Panitia Mata Pelajaran

BAHASA IBAN

Disediakan oleh:

Panel :

SIDI AK.AJI

SARI AK.AJI

FRANKY NGISAU

ACHU JAMBAI

1. Pengenalan :

Pengurusan Panitia Bahasa Iban

2

Pengurusan Panitia Bahasa Iban di sekolah bermaksud kemampuan dan kecekapan Panitia Bahasa Iban merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat, objektif strategik dan program panitia secara berterusan dan berkesan.

2. Punca Kuasa :

Panitia Bahasa Iban di sekolah ditubuhkan atas arahan Pekeliling ( sila lihat Lampiran 1 )

3. Objektif :

3.1 Mempertingkatkan pemahaman mengenai struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia Bahasa Iban di sekolah.

3.2 Mempertingkatkan kerjasama dan muafakat guru-guru Bahasa Iban untuk merancang, melaksanakan, menyelia dan memantau keberkesanan semua program dan aktiviti yang berkaitan.

3.3 Menggembleng tenaga guru Bahasa Iban dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti panitia.

3.4 Berusaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah, kekangan dan hambatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar.

3.5 Berusaha untuk mempertingkatkan pendokumentasian data / maklumat berkaitan dengan Bahasa Iban di sekolah.

4. Perkara Utama :

4.1 Perkara Œ

Pengurusan Panitia Bahasa Iban

4.1.1 Isu :

Pemahaman tentang struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia Bahasa Iban di sekolah.

4.1.2 Set Target :

Semua guru Bahasa Iban memahami secara jelas struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia Bahasa Iban di sekolah.

4.1.3 Langkah Alternatif :

a) Ketua panitia menyediakan carta organisasi Panitia Bahasa Iban yang teratur, senarai jawatankuasa senarai fungsi dan tugas yang lengkap ( sila lihat Lampiran 1 ).

b) Ketua panitia mengagihkan tugas mengikut minat dan kepakaran.

4.1.4 Aktiviti Pelaksanaan :

Aktiviti Perincian Sasaran Tindakan

Aktiviti Perincian Sasaran Tindakan
MesyuaratKhas

Penubuhan

Jawatankuasa-

Jawatankuasa

dalam Panitia

Bahasa Iban

- Mengadakan Mesyuarat Khas diakhir tahun untuk :

> menubuhkan Jawatankuasa-

Jawatankuasa dalam Panitia Bahasa Iban

> menentukan senarai fungsi dan

tugas setiap Jawatankuasa.

> mengubahsuai carta organisasi

panitia jika perlu

Semua guruBahasa Iban - Pentadbir Sekolah- Ketua Panitia

3

4.2 Perkara  :

Pengurusan Panitia Bahasa Iban

4.2.1 Isu :

Pemahaman dan kemahiran tentang pelaksanaan Kurikulum Bahasa Iban

4.2.2 Set Target :

Semua guru Bahasa Iban memahami secara jelas pelaksanaan KurikulumBahasa Iban.

4.2.3 Langkah Alternatif :

Semua guru Bahasa Iban menggunakan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Kertas Dasar, Pekeliling-Pekeliling dan Panduan-panduan berkaitan sebagai sumber rujukan dalam pelaksanaan tugas Panitia Bahasa Iban di sekolah ( sila lihat Lampiran 3 ).

4.2.4 Aktiviti Pelaksanaan :

Aktiviti Perincian Sasaran Tindakan

Aktiviti Perincian Sasaran Tindakan
BengkelPelaksanaan

Kurikulum

Bahasa Iban

Mengadakan bengkel di awal tahun untuk mempertingkatkan pemahamandan kemahiran guru-guru Bahsa Iban tentang penggunaan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Kertas Dasar, Pekeliling-Pekeliling dan Panduan-Panduan berkaitan Semua guruBahasa Iban - Pentadbir Sekolah- Ketua Panitia
Salinan SukatanPelajaran, Huraian

Sukatan Pelajaran,

Kertas

Dasar, Pekeliling-

Pekeliling

dan Panduan-

Panduan

berkaitan

Memperbanyakkan salinan SukatanPelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran,

Kertas Dasar, Pekeliling-Pekeliling

dan Panduan-Panduan berkaitan

untuk dimiliki oleh semua guru

Bahasa Iban

Semua guruBahasa Iban - Pentadbir Sekolah- Ketua Panitia

4.3 Perkara Ž :

Pengurusan Panitia Bahasa Iban

4

4.3.1 Isu :

Kerjasama sesama guru-guru Bahasa Iban dan pihak lain yang berkaitan.

4.3.2 Set Target :

Semua guru Bahasa Iban menghayati tanggungjawab bersama semua program / aktiviti Bahasa Iban dan melaksanakan secara ‘ teamwork `

( sila lihat Lampiran 4 )

4.3.3 Langkah Alternatif :

a) Memupuk semangat bekerjasama di antara guru Bahsa Iban.

b) Semua guru Bahasa Iban mengadakan aktiviti-aktiviti permuafakatan sesama ahli dan pihak lain bagi mendapatkan sumbangan idea, kepakaran dan sebagainya.

4.3.4 Aktiviti Pelaksanaan :

Aktiviti Perincian Sasaran Tindakan

Aktiviti Perincian Sasaran Tindakan
Perancangan,Pelaksanaan,Penyeliaan, Penilaian semua

program, projek dan aktiviti

Bahasa Iban

Semua guru Bahasa Ibanbersama- sama merancang,

melaksanakan, menyelia, menilai

keberkesanan semua projek dan

aktiviti Bahasa Iban dengan

menyediakan kertas cadangan, kertasprojek, kertas laporan pelaksanaanprojek dan memantau pelaksanaan projek.

Guru-guruBahasa Iban - Pentadbir Sekolah- Ketua Panitia

- Guru-guru

Semua guru Bahasa Iban

Keanggotaandalam Jawatankuasa

Kurikulum

Bahasa Iban Peringkat

Daerah dan

Negeri

Menganggotai Jawatankuasa KurikulumBahasa Iban Peringkat

Daerah dan Negeri jika dilantik

Guru-guruBahasa Iban
Sumbanganidea, tenaga

kemahiran

Semua anggota jawatankuasamenyumbang idea, tenaga dan

kemahiran untuk menjayakan semua program, projek dan aktiviti

Bahasa Iban di peringkat daerah dan negeri

Guru-guruBahasa Iban

4.4 Perkara  :

Pengurusan Panitia Bahasa Iban

4.4.1 Isu

Fungsi mesyuarat dan perjumpaan panitia Bahasa Iban.

4.4.2 Set Target :

Semua guru Bahasa Iban mengadakan perjumpaan dan mesyuarat untuk memikir atau membincangkan isu-isu berkaitan secara profesional.

( sila lihat Lampiran 5 ).

4.4.3 Langkah Alternatif :

a) Setiap guru Bahasa Iban menyumbang kepakaran dan idea dalam menentukan keputusan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah.

b) Semua guru Bahasa Iban berusaha untuk melaksanakan tindakan ikut terhadap keputusan-keputusan yang diambil dalam mesyuarat dengan segera.

c) Mengadakan Mesyuarat Panitia Bahasa Iban sekurang-kurangnya dua

kali setahun dan perjumpaan dari masa ke semasa ikut program semasa sekolah.

4.4.4 Aktiviti Pelaksanaan :

Aktiviti Perincian Sasaran Tindakan

Aktiviti Perincian Sasaran Tindakan
MesyuaratPanitia

Guru Bahasa Iban

yang afektif

Mengurus dan melaksanakanmesyuarat panitia yang berkesan

bermula daripada peringkat pramesyuarat,

perjalanan mesyuarat dan tindakan susulan

Semua guruBahasa Iban. - Pentadbir Sekolah- Ketua Panitia
PerjumpaanPanitia

Bahasa Iban

Mengadakan perjumpaan PanitiaBahasa Iban bagi membantu menyelesaikan isu-isu yang berkaitan

di kalangan guru Bahasa Iban

Semua guruBahasa Iban. Pentadbir Sekolah- Ketua Panitia

4.5 Perkara  :

Pengurusan Panitia Bahasa Iban

4.5.1 Isu :

Pendokumentasian data / maklumat Bahasa Iban

4.5.2 Set Target :

Panitia Bahasa Iban mendokumentasikan data / maklumat dengan lengkap

dan terperinci.

4.5.3 Langkah Alternatif :

a) Mengumpul, mengkaji dan menganalisis perkara-perkara yang diperlukan oleh

Panitia Bahasa Iban dari semasa ke semasa seperti kekerapan menghadiri

kursus latihan dalam perkhidmatan, data guru dan pelajar, prestasi peperiksaan dan sebagainya.

b) Menyediakan dan menyelenggarakan sebaik mungkin fail, minit, laporan, surat, rekod, kertas cadangan, kertas projek dan sebagainya dengan kerjasama semua ahli Panitia Bahasa Iban dalam bentuk salinan lembut dan salinan keras

( sila lihat Lampiran 6 ).

6

4.5.4 Aktiviti Pelaksanaan :

Aktiviti Perincian Sasaran Tindakan
Penyediaan bilik/ pusat / kabinet

Bahasa Iban

Menyediakan dan mengemaskinikanPengurusan

Panitia

PengurusanPanitia

Bahasa Iban

Pentadbir Sekolah- Ketua Panitia

- Guru-guru

PerancanganPembangunan

Panitia

Bahasa Iban

Menyediakan tempat khas untuk mengumpul, menyimpan danmemproses maklumat dan data

Panitia Bahasa Iban seperti bilik / pusat /

Kabinet Pengurusan

Panitia Bahasa Iban

- Pentadbir Sekolah

- Ketua Panitia

- Menyediakan perancangan pembangunan

Panitia Bahasa Iban ke arah kecemerlangan Bahasa Iban

- Perancangan pembangunan ini

meliputi :

> Rancangan Lima Tahun

Bahasa Iban.

> Perancangan Strategik Panitia

Bahasa Iban.

> Post-Mortem Isu

> Post-Mostem Peperiksaan PMR

Dan SPM

PengurusanPanitia

Bahasa Iban

Pentadbir Sekolah- Ketua Panitia

- Guru-guru

Bahasa Iban

DokumentasiBahasa Iban Mendokumentasikan fail, minit, laporan, surat-menyurat, rekod dan sebagainya yang berkaitan dengan Bahasa Iban secara salinan lembut dan salinan keras PengurusanPanitia

Bahasa Iban

Pentadbir Sekolah- Ketua Panitia

- Guru-guru

Bahasa Iban

Lampiran 1 : Pekeliling Pengurusan Panitia Mata Pelajaran

. Panitia Mata Pelajaran

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986
Panitia Mata Pelajaran

Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Bahasa Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panitia mata pelajaran itu berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakah, panitia mata pelajaran ini perlu ditubuhkan.2.    Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberitahu pihak sekolah tentang perlunya penubuhan panitia mata pelajaran, supaya dengan ini, perhubungan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi.

3.    Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah dikehendaki menubuh atau memperkemaskan panitia mata pelajaran supaya keberkesanan pengajaran-pengajaran di sekolah dapat ditingkatkan

3.1 Latarbelakang
Kebanyakan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka
terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan
kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai
peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik
para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.

Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru yang terlibat atau mengajar
sesuatu mata pelajaran yang sama, menggembelingkan tenaga mereka dan
menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan / atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik.
Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan
berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekepan dan
kekesanan mereka. Dengan demikian, guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran
berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka  dengan lebih
terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru
yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada
masalah-masalah  bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah
yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar.

3.2 Struktur dan Organisasi
3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh
semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah.
(Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak
perlu menubuh pelbagai panitia mata pelajaran.)

3.2.3 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang
dilantik  sebagai Ketua Panitia oleh Pengetua atau Pengetua Sekolah

3.2.3 Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara otomatis menjadi ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran
masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi penghubung
di antara ahli panitia dengan Pengetua atau Pengetua Sekolah.

3.2.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam
perjumpaan-perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah
kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Pengetua
atau Pengetua atau Penolong Kanannya, sama ada  untuk untuk mendapat
penyelesaian atau untuk makluman

3.2.5  Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan,
ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru
Besar atau Pengetua bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang
sedang dihadapi dan mengesyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-ahli
panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.

3.3  Tujuan Panitia Mata Pelajaran
Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenalpasti untuk panitia mata
pelajaran:

3.3.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran dan
pembelajaran

3.3.2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang
inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar
terhadap pembelajaran

3.3.3 Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan
awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada
prestasi / target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.

3.3.4 Mewujudkan semangat kerjasama di antara mata pelajaran dengan persatuan
kelab akademik

3.4  Peranan Panitia
Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia, sejajar
dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas.

3.4.1  Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan
ahli-ahli panitia;

3.4.2  Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun
persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam
sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan;

3.4.3 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk
digunakan oleh pelajar berdasarkan kesesuaian buku itu dari segi kehendak
sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka.

3.4.4 Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang
sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru untuk
dibekalkan di pusat  sumber sekolah;

3.4.5  Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah ) yang
disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu, menubuhkan bank
soalan;

3.4.6  Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-tiap
peperiksaan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan
mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran
dan pembelajaran;

3.4.7  Mengadakan mesyauarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali
sepenggal dan  mengadakan perjumpaan secara ‘ad-hoc’ bila dan jika perlu;

3.4.8  Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara froamal
atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau
isu-isu yang berkaitan seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah
mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah atau isu tersebut;

3.4.9  Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah
mengikuti kursus  atau seminar dengan ahli-ahli lain;

3.4.10 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan
menjalin hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat
pengajaran dan pembelajaran;

3.4.11 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan
panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan;

3.4.12 Bekerjsama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah
memajukan pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu;

3.4.13 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit
mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;

3.4.14 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat  dan rekod-rekod yang berkenaan.

Lampiran 2 : Struktur Organisasi, Fungsi dan Tugas Panitia Bahasa Iban

Lampiran 2.1 : Organisasi Panitia Bahasa Iban

2.1.1 Penaung – Pengetua

2.1.2 Penasihat – PK1

2.1.3 Ketua Panitia (Sidi Aji)

2.1.4 Timbalan Ketua Panitia -

2.1.5 Setiusaha -

2.1.6 Bendahari -

2.1.7 Penyelaras Pusat Bahasa Iban -

2.1.8 Penyelaras Buku Analisis Peperiksaan -

2.1.9 Penyelaras Bank Soalan -

2.1.10 Penyelaras Papan Kenyataan -

2.1.11 Penyelaras Pameran dan Pertandingan / Majalah -

2.1.13 Penyelaras Hubungan Luar -

2.1.14 Penyelaras Mini Perpustakaan -

Lampiran 2.2 : Senarai Fungsi dan Tugas Dalam Panatia Bahasa Iban 2009

2.2.1 Ketua Panitia Bahasa Iban :

a) Bertanggungjawab di atas perancangan, perjalanan dan kemajuan Bahasa Iban

b) Mengemas kini pengetahuan semua hal yang berkenaan Bahasa Iban

c) Memastikan semua guru Bahasa Iban menggunakan Sukatan Pelajaran Bahasa Iban yang kemas kini.

d) Memastikan semua guru memberi kerja atau latihan Bahasa Iban yang secukupnya sama ada di bilik darjah mahupun kerja rumah.

e) Menyimpan rekod perkhidmatan guru-guru Bahasa Iban yang kemas kini.

g) Mengadakan dan menyimpan fail-fail Bahasa Iban

h) Memastikan semua guru Bahasa Iban membina soalan-soalan peperiksaan dalaman

mengikut format yang ditentukan.

i) Menentukan buku-buku kerja Bahasa Iban bagi setiap tingkatan.

j) Memastikan semua guru Bahasa Iban menyediakan rancangan tahunan dan harian.

k) Memeriksa buku latihan murid dari semasa ke semasa

l) Menyelia pengajaran dan pembelajaran semua guru Bahasa Iban terutama guru-guru baru dalam usaha membantu mereka.

m) Mengadakan Mesyuarat Bahasa Iban sekurang-kurang dua kali dalam satu

setahyun

n) Mempengerusikan Mesyuarat Panitia Bahasa Iban.

o) Menentukan jadual waktu tahun / tingkatan bagi semua guru Bahasa Iban dan merujuk kepada PK1

q) Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

2.2.2 Timbalan Ketua Panitia :

a) Membantu tugas-tugas Ketua Panitia Bahasa Iban12

b) Memangku tugas-tugas Ketua Panitia Bahasa Iban ketika ketiadaan Ketua Panitia Bahasa Iban.

c) Melaksanakan kursus-kursus yang dihadiri oleh guru-guru Bahasa Iban.

d) Memastikan aktiviti-aktiviti ko-akademik Bahasa Iban berjalan lancar.

e) Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

2.2.3 Setiausaha :

Perinciaan tugas yang perlu diketahui:

a) Menyediakan surat-surat Pekeliling Panitia Bahasa Iban atas arahan Ketua Panitia Bahasa Iban.

b) Menyediakan agenda-agenda untuk semua Mesyuarat Panitia Bahasa Iban.

c) Mencatat minit-minit dalam semua Mesyuarat Panitia Bahasa Iban.

d) Membentang minit-minit dalam semua Mesyuarat Panitia Bahasa Iban.

e) Menguruskan semua surat keluar masuk Panitia Bahasa Iban.

f) Menyediakan laporan bagi setiap kali program Panitia Bahasa Iban.

g) Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa

2.2.4 Bendahari :

Perinciaan tugas yang perlu diketahui:

a) Mengumpul dan mengesahkan penerimaan yuran dari semua guru Bahasa Iban.

b) Mengesahkan penerimaan sumbangan untuk Panitia Bahasa Iban.

c) Menyimpan catatan-catatan kewangan dan wang Panitia Bahasa Iban.

d) Membentangkan penyata kewangan Panitia Bahasa dalam setiap kali Mesyuarat

Panitia Bahasa Iban..

f) Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

2.2.5 Ketua Penasihat Persatuan Bahasa Iban :

Perinciaan tugas yang perlu diketahui:

a) Mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Bahasa Iban.

b) Menyediakan perlembagaan Persatuan Bahasa Iban.

c) Merancangkan aktiviti-aktiviti Persatuan Bahasa Iban bersama jawatankuasanya untuk satu tahun.

d) Membentangkan aktiviti-aktiviti Persatuan Bahasa Iban dalam Mesyuarat Panitia

Bahasa Iban.

e) Memastikan setiap aktiviti-aktiviti Persatuan Bahasa Iban mengikut jadualnya dan berjalan.

f) Bertanggungjawab membimbing murid-murid melaksanakan program-program Persatuan Bahasa Iban

g) Menguruskan penyertaan ahli Persatuan Bahasa Iban dalam aktiviti atau pertandingan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan jika ada.

h) Memastikan kutipan yuran Persatuan Bahasa Iban dijalankan dengan baik.

i) Mengurus kewangan Persatuan Bahasa Iban.

j) Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

2.2.6 Penyelaras Pusat Bahasa Iban: (Jika ada)

Perinciaan tugas yang perlu diketahui:

a) Melantik ahli Jawatankuasa Pusat Bahasa Iban

b) Menyediakan jadual tempahan Pusat untuk sesi pagi, petang, dan hari minggu.

c) Merekodkan semua peralatan Pusat Bahasa Iban dalam buku khas.

d) Memastikan semu peralatan di dalam Pusat Bahasa Iban terkawal.

e) Menyediakan peraturan dan tata penggunaan Pusat Bahasa Iban

f) Menyediakan buku atau kad pinjaman peralatan Pusat Bahasa Iban termasuk buku-buku.

g) Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

2.2.7 Penyelaras Buku Analisis Peperiksaan :

Perinciaan tugas yang perlu diketahui:

a) Menyediakan dan menyimpan buku Analisis Peperiksaan bagi setiap kelas.

b) Menyerahkan buku Analisa Peperiksaan kepada semua guru Bahasa Iban yang terlibat setiap kali peperiksaan dijalankan.

c) Memastikan semua Guru Bahasa Iban merekodkan markah murid di dalam buku Analisa Peperiksaan dalam masa lima belas hari dari tarikh akhir Peperiksaan.

d) Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

2.2.8 Penyelaras Bank Soalan :

Perinciaan tugas yang perlu diketahui:

a) Mengumpulkan dan menyimpan sekurang-kurangnya dua salinan soalan-soalan peperiksaan daman dalam fail yang disediakan.

b) Mengedarkan soalan-soalan peperiksaan dari sekolah lain kepada guru Bahasa Iban yang terlibat.

c) Mendapatkan dan menghantarkan soalan-soalan peperiksaan dalaman kepada sekolah-sekolah yang memohon secara bertulis.

d) Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

2.2.9 Penyelaras Papan Kenyataan :

Perinciaan tugas yang perlu diketahui:

a) Memastikan Papan Kenyataan sudut-Bahasa iban digunakan dengan bahan bercetak

Bahasa Iban yang berfaedah dan kemas kini.

b) Menyelia tugasan murid untuk ditampal pada papan kenyataan Bahasa Iban.

c) Memastikan bahan bercetak pada Papan kenyataan Bahasa Iban bertukar-tukar sekurang-kurang sekali dalam sebulan.

d) Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

2.2.10 Penyelaras Pameran dan Pertandingan :

Perinciaan tugas yang perlu diketahui:

a) Merancang serta mengadakan persembahan dan pertandingan di peringkat sekolah, daerah,negeri dan kebangsaan.

b) Mengenal pasti bentuk, anggaran dan mendapatkan hadiah ataupun cenderahati.

c) Menyelaraskan pameran Bahasa Iban jika diperlukan.

d) Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa

2.2.12 Penyelaras Hubungan Luar

Perinciaan tugas yang perlu diketahui:

a) Menghubungi penceramah untuk seminar peperiksaan yang ditentukan oleh Panitia Bahasa Iban

b) Mengadakan lawatan, rehlah dan ziarah ke destinasi tertentu yang ditentukan oleh Panitia Bahasa Iban.

c) Menjalankan arahan yang diberikan semasa ke semasa.

2.2.13 Penyelaras Mini Perpustakaan :

Perinciaan tugas yang perlu diketahui:

a) Merekodkan dokumen buku-buku dalam Mini perpustakaan.

b) Mengkatalogkan buku-buku dalam Mini Perpustakaan dari semasa ke semasa

c) Menyediakan buku atau kad pinjaman peralatan Bahasa Iban termasuk buku-buku.

d) Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

2.2.16 Penyelaras Tingkatan

Perinciaan tugas yang perlu diketahui:

a) Bertanggungjawab di atas kemajuan, perubahan dan sebagainya yang melibatkan sesuatu Tingkatan.

b) Mengadakan sesi bengkel bersama guru-guru Bahasa Iban Tingkatan untuk

membina soalan-soalan peperiksaan dalaman.

c) Menghantar draf soalan peperiksaan kepada Ketua Panitia Bahasa Iban untuk diteliti.

d) Menganalisa keputusan peperiksaan Bahasa Iban untuk sesuatu Tingkatan, dan

membentangkannya dalam Mesyuarat Panitia Bahasa Iban.

e) Menyediakan senarai nama pelajar bagi kumpulan / set mengikut keputusan peperiksaan akhir atau ujian kelayakan.

f) Menjalankan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran
Di Dalam Kelas Oleh Pengetua/Pengetua Sekolah

Lampiran 3.2 : Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Iban

3.2.2 Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Iban

Lampiran 3.4 : Pekeliling-Pekeliling

surat

26

Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran
Di Dalam Kelas Oleh Pengetua/Pengetua Sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987
Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran

Tugas dan fungsi Pengetua/Pengetua sebagai pemimpin profesionalisme, pengurus dan pentadbir hari ini adalah berbagai-bagai. Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolahnya, tanggungjawab utama seorang Pengetua/Pengetua ialah untuk memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolahnya. Pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran-pembelajaran oleh guru-guru dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan rapi dan sistematis dari pihak Pengetua/Pengetua sekolah itu. Ini termasuklah penyeliaan pengajaran-pembelajaran terhadap guru di dalam kelas yang sepatutnya menjadi perkara yang diutamakan dalam senarai tugas dan tanggungjawab Pengetua/Pengetua. Oleh itu dan dengan tujuan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran di sekolah, Pengetua/Pengetua hendaklah diperingatkan bahawa penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah merupakan tugas yang amat penting2.  Berikut adalah syor garis panduan bagi melaksanakan tugas penyeliaan di dalam kelas:
2.1 Rasional

2.1.1 Pelaksanaan kurikulum adalah unsur TERAS fungsi institusi persekolahan. Dengan
itu perhatian yang lebih hendaklah diberikan kepada penyeliaan
pengajaran-pembelajaran.

2.1.2 Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolah, Pengetua/Pengetua adalah
pelaksana utama kurikulum di sekolahnya. Oleh itu tugas penyeliaan
pengajaran-pembelajaran adalah merupakan tugas terpenting yang perlu
dititikberatkan

2.1.3 Penyeliaan adalah satu aspek terpenting dalam pentadbiran, pengurusan dan
kepimpinan bahasa. Oleh itu penyeliaan tidak boleh dipisahkan dari peranan
Pengetua/Pengetua sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin profesionalisme
di sekolahnya.

2.2 Tujuan
2.2.1 Mempertingkatkan daya profesionalisme Pengetua/Pengetua dan guru-guru dalam
melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses pengajaran-pembelajaran sejajar
dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem bahasa negara

2.2.2 Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan sumber maklumat
kepada Pengetua/Pengetua untuk memperbaiki proses pengajaran-pembelajaran
di sekolahnya. Sumber maklumat ini juga boleh digunakan oleh Pengetua/Guru
besar sebagai asas untuk menilai seseorang guru bagi tujuan tertentu.

2.2.3 Memupuk, memelihara dan memperkukuhkan hubungan profesionalisme dan
Interaksi yang positif antara Pengetua/Pengetua dengan guru, guru dengan guru
dan antara guru dan murid.

2.2.4 Membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan
membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif.

2.3. Bidang

2.3.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah ditumpukan kepada 2(dua)
bidang:
a.  bidang organisasi
b.  bidang pengajaran dan pembelajaran

Bidang Organisasi
Di antara ciri-ciri organisasi yang perlu diberi perhatian ialah :
Iklim kelas
Organisasi kelas
Kawalan murid
Komunikasi
Motivasi
Sikap murid
Kebersihan dan perhiasan
Penyeliaan gerakerja
Penilaian prestasi
Profil murid
Panitia pelajaran
Kesemua ciri ini adalah merupakan petunjuk yang boleh membantu
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Bidang Pengajaran dan Pembelajaran
Di antara ciri-ciri yang perlu diperhatikan ialah:
Rancangan pengajaran
Objektif
Isi kandungan
Persediaan alat/bahan pengajaran dan penggunaannya
Penyampaian isi pelajaran
Teknik bersoaljawab
Interaksi guru murid
Penggunaan masa

2.4  Prinsip Perlaksanaan
2.4.1  Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan oleh
Pengetua/Pengetua ke atas semua guru

2.4.2 Rekod penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dicatit dengan
ringkas dan tepat

2.4.3 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah dirancang dengan seimbang
dari segi masa, mata pelajaran, tingkatan/tahun dan guru

2.4.4 Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan Penolong Kanan dan
Penyelia Petang. Walau bagaimanapun tanggung jawab sepenuhnya terletak di
tangan Pengetua/Pengetua

2.4.5 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan secara
sistematis dan berlandaskan hubungan profesionalisme dengan guru-guru dan
bukan untuk mencari kesalahan. Dalam usaha mempertingkatkan prestasi
pengajaran-pembelajaran di kelas, Pengetua/Pengetua perlu mendapat
maklumat yang tertentu. Maklumat-maklumat itu dapat digunakan oleh
Pengetua/Pengetua sebagai asas perbincangan dengan guru-guru.

Surat Pekeliling ini adalah untuk mengingatkan kembali mengenai mustahaknya tugas-tugas penyeliaan pengajaran-pembelajaran sebagai salah satu tugas dan tanggungjawab.

atas

Penyediaan Rancangan Harian

1. Rancangan harian hendaklah disediakan sehari sebelum digunakan2. Rancangan harian hendaklah disediakan berdasarkan rancangan tahunan. Rancangan tahunan yang dipilih untuk diajarkan pada minggu tertentu hendaklah mencapai ‘hasil pembelajaran yang dihasratkan’ bagi minggu tersebut.

3. Rancangan harian yang disediakan hendaklah mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan. Ini dilaksanakan melalui perancangan aktiviti pembelajaran yang menarik, sesuai dan berkesan.

4. Penyediaan rancangan harian hendaklah ringkas, tepat, jelas dan padat

5. Rancangan harian hendaklah mengandungi butiran seperti yang berikut:

Tarikh

Hari

Mata pelajaran

Tahun/tingkatan

Masa

Tajuk/bidang pembelajaran

Aktiviti pembelajaran

Format Rancangan Harian

(Satu muka surat boleh dibahagi dua, jika ruang tidak mencukupi

Tarikh:Hari: Tarikh:Hari:
Mata pelajaran:Tahun/Tingkatan:

Masa:

Tajuk/Bidang pembelajaran:

Aktiviti Pembelajaran:

Mata pelajaran:Tahun/Tingkatan:

Masa:

Tajuk/Bidang pembelajaran:

Aktiviti Pembelajaran:

atas

Penyediaan Rancangan Tahunan

1. Rancangan tahunan merupakan perancangan pengajaran bagi setahun. Rancangan tahunan hendaklah disediakan pada awal sesi persekolahan2. Rancangan tahunan bagi sesuatu mata pelajaran hendaklah disediakan berpandukan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, kesesuaian tahap kebolehan murid/pelajar dan keadaan semasa

3. Rancangan tahunan hendaklah disediakan mengikut bilangan minggu yang diperlukan untuk menghabiskan sesuatu tajuk. Rancangan tahunan ini juga hendaklah mengambil kira bilangan minggu persekolahan pada setiap tahun

4. Rancangan tahunan boleh dicetak atau difotostat dengan jelas dan terang (tidak dicetak berulang-ulang)

5. Sekiranya rancangan tahunan ini ditulis, hanya pen berdakwat biru atau hitam sahaja dibenarkan

6. Rancangan tahunan hendaklah disahkan oleh Pengetua atau Pengetua atau wakilnya sebelum digunakan. Jika disediakan dalam bentuk media elektronik (komputer), salinannya hendaklah disahkan oleh pengetua atau pengetua atau wakilnya.

7. Rancangan tahunan hendaklah ditulis mengikut lajur-lajur yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut:

Tajuk/bidang pembelajaran

Objektif/kemahiran

Hasil pembelajaran yang dihasratkan

Bilangan minggu

Dan catatan

Format Rancangan Tahunan

Mata Pelajaran:

Minggu Tajuk/Bidang Pembelajaran Objektif/Kemahiran Hasil Pembelajaran Yang Dihasratkan Catatan

atas

Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 3/1999
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian Bahasa 256:” Buku Rekod Mengajar Guru” bertarikh 1 Julai 1963.2.    Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Bahasa 256 dikuatkuasakan, terdapat amalan di mana maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah dimasukkan ke dalam Buku Rekod Mengajar Guru diadakan.

3.    Dengan surat Pekeliling Ikhtisas ini, berkuatkuasa pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua, Pengetua atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir.

(i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Bahasa Malaysia

(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.

4.    Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabial dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.



7 responses »

  1. Manah laman kita tu. Meri tabi puji laban berani ngepun sereta sesingkang enggau orang bukai. Arapka terus mujur. Anang sekali-kali patah semengat ketegal pengurang sereta pengelemah baik iya datai ari kitai tauka orang bukai.

    • terima kasih ngagai nuan Tuan laban udah kiruh ngetu dalam website sekul kami tu. Agi mayuh deka diseruri mih tu. kelebih agi ba bahagian mark nembiak tiap kali ujian/peperiksaan

  2. Manah amatnya kaban, bisi initiatif. Terusakan usaha untuk memartabatkan Bahasa Iban.
    All the Best in your undertakings!!!

  3. Hello, Pengajar. Saya mengajar Bahasa Iban Kssr tahun 1 & 2. Saya bukan berbangsa iban dan tidak berapa mahir berbahasa iban. Maaflah jika saya tidak dapat berjaku di sini. Pengajar ada RPT Kssr Tahun 1. Saya telah berusaha mencari bahan tu sehingga hari ini belum dapat. Jika Pengajar ada boleh tak tolong uploadkan dan sharekan kepada saya. Terima Kasih ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s